21.1.16

First GiveAway by Encik Kidal


Ok awal tahun semoga ada rezeki MG nak dapatkan hadiah Giveaway dari insta fn_callista...design dalam tu semua cantik dn kreatif,rasa nak tempah satu notebook depan tu tulis Mak Garang...

ok syarat2 dia

1. Follow Blog Encik Kidal  - done
2. Follow Blog Oppie - done
3.Follow Blog Fiefi - done
4.Follow insta fn_callista - done

ok semua dah..mari kita tgk ada rezeki tak untuk MG nak menang hadiah Goveaway kali ni...huhuuu

Hadiah yang paling diinginkan




Azam saya pada tahun 2016 ialah 

# dikurniakan kesihatan yang baik agar sentiasa dapat jaga suami dan kedua2 anak MG

# jadi jururawat yang baik - 8tahun dah sebagai jururawat terlatih

# dapat membantu adik2 MG yang semuanya tengah belajar lagi di IPTA mmandagkan MG adalah anak sulung dan the only daughter

# maintainkan gelaran Mak Garang :P

# semoga menang Giveaway kali ni :P


Instagram MG    -   Nabilah Nor Azman

kali ni MG nak tag kawan blogger 



hehhehehehhheeeee :)







Segmen Pencarian Gambar Ucing

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/01/segmen-pencarian-gambar-uk.html

Hi Gambar Muka Ucing Sudah Hilang.! Anda Ingin Jadi Dectective.? Jika " YA" Anda Cari Di Google Dengan Menaip "muka..................."  (Ayat Bertitik tu Anda Cari Sendiri.)

Segmen ini adalah segmen pencarian gambar di google,Para blogger yang dapat Gambar Tersebut hendak lah Save dan ikuti Syarat Mudah di bawah :

1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Pencarian Gambar Ucing" Berserta Gambar.
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.

Url Post Anda Akan Saya Senaraikan Untuk Penyertaan Blogwalking Nanti.Tamat Segmen 27-1-
2016.




oh Ucing Kadayan betul ke ni gambar awak...:)

19.1.16

Mengenal Parasit

Hai semua..hari ni MG nak kongsi sedikit sebanyak mengenai jangkitan parasit.Jangkitan parasit 

adalah sangat biasa, yang boleh menyebabkan beberapa komplikasi pada sistem dalam badan kita.

Ada microparasites seperti malaria yang hanya boleh dilihat di bawah mikroskop atau 

macroparasites besar, seperti cacing usus berbentuk bulat atau rata  (cacing gelang, cacing pita) 

 yang boleh mencapai saiz yang agak besar. Parasit bukan sahaja ada  di dalam usus, tetapi boleh 

berada di mana-mana sahaja di dalam badan: paru-paru, hati, otot, perut, di dalam otak, darah, kulit 

dan juga di mata.



Gambar di atas adalah gambar parasit yang terdapat di dalam perut..Kita boleh kenal tanda2 

wujudnya parasit dalam badan kita Parasit in Your Belly?..Boleh baca di situ..

Macam mana parasit boleh terjadi???

- Dari orang lain, lebih kurang secara langsung (oleh najis atau secara seksual).
- Dari jangkitan diri sendiri, sebagai contoh, kerana menggaru kawasan dubur yang boleh menyeret telur dari tangan ke mulut.
- Dari penghantaran kongenital (ibu kepada janin).
- Dari barangan biasa yang tercemar.
- Dari tanah yang tercemar oleh najis manusia atau haiwan.
- Dari makan daging mentah atau kurang masak yang tercemar.
- Dari makan ikan mentah.
- Makanan tradisional beberapa negara termasuk dalam resepi mereka.  (Kita boleh mengelakkan penggunaan larva cacing oleh membekukan daging atau ikan dalam dua belas jam)
- Dari air minuman yang tercemar
- Daripada sayur-sayuran atau buah-buahan yang tercemar.

baca selanjutnya di Liyasyamel...semua cerita pasal cacing..MG nak share cara paling mudah untuk 

mengelakkan atau membersihkan usus kita sebab yang kita tahu orang malaysia ni makan main sedap

 je...Dari makanan punca jangkitan parasit paling utama.


Biji betik adalah ubat cacing semulajadi,sesiapa pun boleh makan biji betik..Ia berfungsi untuk 

membunuh parasit..Terdapat cara2 untuk amalkan biji betik ni

- untuk bayi,mak2 boleh keringkan biji betik dan kisar/tumbuk buatkan jadi air,tapi anak2 MG 

makan mentah raw gitu je..

- dewasa,makan je macam biasa sesudu sehari buat di kala bulan penuh..baca selanjutnya mengenai 

fasa bulan penuh di sini..



Nak tahu cerita cacing lagi?







18.1.16

Digital Portrait - Lukisan Digital

Lukisan Digital adalah salah satu teknik lukisan yang terbaru..pasal ape?sebab dia buat pakai 

adobe photoshop..yang MG tahu la kan adobe photoshop ni suami MG 

idrissaadphotography guna buat edit gambar client dia je..:)

okey baru2 ni blogger scyalicious suruh teka gambar sapa dia buat untuk potret digital ni jadi MG
 
dapat teka..





hahah sama tak korang??double chin tu ada gak oiii aduh..:)sapa2 nak silakan contact beliau..

Boleh berkenalan lebih lanjut sebab banyak cerita menarik yang beliau share kan..:)



 

Mak Garang ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger